Template : cikbunga page bunga dan taman
others : cik & Best view : Google Chrome

Wanita ♥
Friday, 6 April 2012 | 0 comment(s)

Wahai wanita tidak bertudung ,
Sungguh cantik alunan rambut mu ,
Bebas menggerbang kemas terikat ,
Terserlah di bawah cahaya mentari ,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka ,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu ,
di hari akhirat hari penentu ,
maka hanguslah segalanya ,
hilanglah cantik alun rambut mu ,
tiada lagi yang menggerbang ,
tiada lagi yang terserlah . 

Oleh itu jadikanlah diri mu ,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung .


Wahai wanita yang bertudung ,
Sungguh cantik alas kepala mu ,
Ringkas pendek tersempang rapi ,
Tersembul jambul tertutup dahi ,
Terserlah lah bentuk tubuh ,
Mengapa tidak dilindungi ?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada ?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa ?
Tidakkah kau ingat ,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar ,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar ,
Mereka itu wanita yang tak bertudung ,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung ,
Oleh itu jadikanlah dirimu ,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung ,
Bertudung labuh hingga ke paras dada .

Wahai wanita bertudung labuh ,
Sungguh cantik terlindung rambut mu ,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu ,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu ,
Mengaburi segala yang tersirat di hati ,
hanya diri sendiri yang menghakimi ,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi ,
atau berdebu dengan sebab duniawi ,
riak wajah nampak tawadhu ,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk ,
alangkah ruginya andai benar begitu ,
kerna azab masih tak terlepas dari mu ,
serupalah sahaja diri mu ditunggu ,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung ,

sama dengan mereka yang menyempang tudung ,
oleh itu jadikanlah dirimu ,
sebahagian daripada mereka yang bertudung ,
bertudung labuh hingga ke paras dada ,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa .

Wahai wanita yang bertaqwa ,
Andai kau telah sampai ke tahap ini ,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati ,
Syariat islam sebati dalam diri ,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya ,
Yang dijanjikan di akhirat nanti ,
Dan tatkala di dunia ini lagi ,
Muslimah solehah kau digelari ,
Menjadi idaman setiap muslim soleh ,
Yang sukar sekali untuk diperoleh ,

Wahai muslimah solehah pula ,
Jadilah mukminah mujahidah ,
Mujahidah yang akan menyeru ,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu ,
 

Mujahidah yang akan berdakwah ,
Agar diri dan umat berubah ,
Mujahidah yang akan mengajak ,
Agar islam kembali tertegak .





Older Post . Newer Post