Untuk Adam
Wednesday, 11 April 2012 | 0 comment(s)
Adam
Kalau kami tidak membalas salammu ,
kami dikatakan sombong ,
Kalau kami diam apabila ditanya ,
Kalau kami diam apabila ditanya ,
dikata berlagak pula ,
Kalau kami tidak senyum kepadamu ,
dipanggil poyo,
Kalau kami tidak membalas smsmu ,
Kalau kami tidak membalas smsmu ,
dikatakan kerek .
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri ?
Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki ?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?
Ataupun .
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya ,
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu ?
Begitukah calonmu wahai Adam ?

Ketahui wahai Adam ,
Sesungguhnya , perempuan itu manja ,
Suka dibelai , Suka dikasih ,
Namun , Adam .
Tahukah kamu apa erti batas pergaulan ?
Sesungguhnya , perempuan itu manja ,
Suka dibelai , Suka dikasih ,
Namun , Adam .
Tahukah kamu apa erti batas pergaulan ?
Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong , berlagak , poyo atau kerek
.Kerana .
Kami begitu untuk menjaga aib kamu ,
Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa ,
Menjauh dari kehinaan ,
Kerana kami merupakan fitnah dunia ,
Fitnah bagi kamu .
Kami begitu untuk menjaga aib kamu ,
Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa ,
Menjauh dari kehinaan ,
Kerana kami merupakan fitnah dunia ,
Fitnah bagi kamu .
Adam .
Kami ini insan yang lemah ,
Janganlah kau cemar iman kami ,
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami ,
Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi ,
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu ,
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu .

Andai kau kasih dan sayang pada kami ,
Andai kau mahu membela nasib kami ,
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati ,
Ibu kepada bakal pejuang agama ,
Doalah buat kami ,
Doalah jua buat dirimu ,
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami .
Kerana Adam adalah pembela kami .