kenangan demi kenangan :\
Friday, 24 February 2012 | 0 comment(s)
Assalamualaikum ,hey readers and followers .
Aku juga seperti gadis yang lain . Penuh dengan perasaan ingin mencintai dan dicintai . Aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang penyayang , baik hati dan sempurna di mataku .
Dan kerana cinta , aku leka . Setelah bercinta , aku lupa akan kewajipan terhadapNya . Semakin malas aku untuk bersolat , semakin malas aku untuk membaca Al-Quran . Aku makin terhanyut kerana cinta . Masa yang ada dipenuhkan dengan bersama si dia . Di mulutku , hanya menyebut namanya . Di hatiku , hanya ada dia . Masa bersama keluarga dan kawan-kawan semakin tiada . Begitulah kuasa cinta .
Takdir . Satu hari kami di takdirkan putus . Katanya , perasaan cinta sudah lama hilang dlm dirinya dan dia sudah menemui cinta yg baru . Berbagai alasan yg di berikan .
Sungguh , menerima perkhabaran tersebut , aku pasrah . Aku rebah . Kenapa perlu di tinggalkan di saat hati masih sayang ? Aku terkedu , aku terpaku . Aku cuba memujuknya , tapi gagal . Dia tetap nekad dgn keputusannya .
Ya Allah . Aku pasrah . Aku redha . Di saat aku rebah , sahabat menasihatiku agar bangun , bertaubat , kembali padaNya . Hanya itu yang mampu menenangkan jiwa aku . Aku bangun , aku berwudhuk . Aku mulakan solat . Solat yang sudah berapa lama aku tinggalkan .
Ya Allah , aku redha dengan ketentuan yang diberikan . Aku menangis . Lagi dan lagi . Malunya aku . Allah juga yang aku cari . Kenapa dulu aku sanggup tinggalkan Allah kerana cinta ? Ya Allah ampunilah aku :\
Dan apa yang aku tahu , dia sedang berbahagia dengan cintanya yg baru . .
Syukur Alhamdulillah . Terima kasih kerana memberiku peluang untuk mencurahkan perasaan ini kepadaMU. dan dari perpisahan yg berlaku ini telah memberikan banyak pengajaran terhadap aku .
Tapi aku yakin , Allah telah mempersiapkan yang lebih baik untukku . Aku hanya mampu berserah . Dosa ini telah mengingatkan aku bahawasanya tiada yang kekal dalam dunia ini melainkan Allah Aku pasrah




